Menggalakkan keamanan, keharmonian, perpaduan pemimpin agama





Siaran  Akhbar dan Foto: Kementerian Hal Ehwal Ugama





SELANGOR, MALAYSIA, Selasa, 7 Mei. - Rombongan Negara Brunei Darussalam (NBD) melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menghadiri International Conference of Religious Leaders yang diadakan hari ini bertempat di Sunway Resort Hotel, Selangor, Malaysia.


Persidangan yang bertemakan 'Unity With Diversity' tersebut dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama dengan Muslim World League yang antara lain bertujuan untuk menggalakkan keamanan, keharmonian dan perpaduan dalam kepelbagaian dalam kalangan pemimpin agama di seluruh dunia.


International Conference of Religious Leaders telah menghimpunkan dan melibatkan kira-kira 50 buah negara termasuk pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil daripada pelbagai agama.


Rombongan NBD ke persidangan tersebut diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.


Turut menyertai rombongan NBD ialah Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh; dan Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim.


Close